Imbas kembali.

Kerajaan PH penungang agama?

Jika kita imbas kembali pada tahun 1998, dimana DS Anwar Ibrahim dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau belum pun didapati bersalah akibat kes liwat. Itu hanyalah semata-mata tuduhan. Namun akibat daripada kesalahan moral, dia disingkirkan daripada UMNO dan tertubuh lah parti Keadilan Nasional waktu itu.

Tetapi situasi politik sekarang, Perdana Menteri yang sama, mempertahankan Azmin Ali walaupun video miripnya telah tersebar luas dan mendapat pengakuan daripada pasangan dalam video itu. Jelas, moralnya telah tercalar tetapi masih lagi memegang jawatan sebagai menteri kabinet.

Mengapa dua peristiwa yang sama tetapi memakai guna prinsip yang berbeza?

Ketika mereka memfitnah orang lain dengan momokan cincin, 1MDB dan sebagainya, tidak pula mereka ingat akan hukum hakam agama, tetapi bila terkena pada batang hidung sendiri, masa itulah, terkeluar semua dalil – dalil untuk mempertahankan diri.

Tidakkah ini dilihat sebagai penunggang agama? Menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Adakah rakyat masih lagi tidur lena dalam selimut sehinggakan lakonan ini masih lagi dapat mengaburi mata masyarakat.

Tidak. Bangkai Gajah tidak akan dapat selama-lamanya disorok. Lambat laun ia tetap akan berbau juga. Rakyat pandai menilai. Yang mempermainkan agama untuk kepentingan diri kelak akan terhumban ke dalam amarah rakyat yang dashyat.